Artikel

Artikel

Hikmah Ingati Kematian

Dunia ini bukan tempat untuk kita ‘menikmati’ sepuas-puasnya kehidupan ini. Dunia ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan selepas kematian.

Ramai tidak menghiraukan urusan mengingati kematian seolah-olah merasakan kematian itu ditulis untuk orang lain. Akibatnya, mereka tidak bersungguh-sungguh melakukan amal kebajikan dan memperbaiki diri.

Mengingati mati bukannya mahu manusia meminta lekas mati atau meninggalkan segala urusan dan tanggungjawabnya di dunia.
Sebaliknya, mengingati kematian mendorong manusia menetapkan matlamat yang jelas hidupnya di dunia dan akhirat. Manusia yang sering mengingati mati menyedari Allah SWT sentiasa mengawasi setiap tindakan yang dilakukannya.

Kematian setiap Muslim itu bergantung kepada amalan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 

“Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.”
Riwayat al-Bukhari

Dikhuatiri jika tidak sempat bertaubat, kita akan mati dalam keadaan sia-sia.
Sehubungan itu, kita perlu sentiasa mengingati hal berkaitan kematian diiringi amalan antaranya memperbanyakkan istighfar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *